About Randy




Randy Pangalila atau nama sebenarnya  Randy Dionysius Pangalila merupakan aktor terkenal Indonesia yang berdarah Manado, Belanda & Jawa. Randy adalah anak kelahiran Surabaya yang lahir pada 19 October 1990. Randy mempunyai seorang kakak yang juga seorang artis bernama, Inggrid Pangalila.

Randy Pangalila bukan sahaja mempunyai acting yang baik malah beliau mempunyai suara yang bagus sebagai seorang penyanyi. Randy merupakan pemilik suara bagi lagu Lewat Semesta, I Need You & Tanpamu Ku Tak Bisa. Randy juga mempunyai sebuah band iaitu Eleven Band yang top dengan lagu Bertahan. Randy merupakan vokalis band tersebut.

Antara filem lakonan Randy ialah Oh Baby (2008), Kutukan Suster Ngesot (2009), Pasangan Romantis (2010) & 3 Cinta (2010). Sinetron-sinetron yang pernah dilakonkan oleh Randy ialah Alisha (2007), Cinta Fitri (2007-2009), Cinta Kirana (2008), Chelsea (2008), Karissa (2008), Sumpah I Love U (2009), Hafizah (2009-2010), Putih Merah (2010), Cinta Melody (2010), Nada Cinta (2011), Aishiteru (2011), Si Miskin Si Kaya (2012) & Raja Dan Aku (2012). 

Randy juga turut mendapat tawaran berlakon di Malaysia untuk kali pertamanya dalam sebuah telemovie arahan Michael Ang iaitu Biar Mimpi Sampai Ke Bintang (2011). Namanya mula melonjak naik setelah telemovie tersebut ditayangkan. Kini namanya semakin menjadi perbualan dikalangan peminat drama bersiri di Astro Ria. Kali ini Randy sekali lagi bekerjasama dengan pengarah tersohor Malaysia, Michael Ang dalam drama bersiri 13 episod, Dalam Hati Ada Taman (2012).